| :. SPCA Syor Amalan Kembiri Haiwan Sebagai Mandatori |
Kota Kinabalu: Persatuan bagi Pencegahan Kekejaman Terhadap Binatang Kota Kinabalu (SPCA Kota Kinabalu) akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri memjadikan amalan mengembiri binatang peliharaan sebagai mandatori.
Langkah ini dapat menangani masalah pembiakan tidak terkawal, satu keadaan yang mungkin meningkatkan kekejaman dan penderaan oleh pemilik terhadap binatang mereka.
Presiden SPCA Kota Kinabalu, Loretta Lucas berkata, dalam soal itu persatuan akan berkerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan.
Mengenai kempen pertama kesedaran SPCA dan gerakan mendaftar ahli yang diadakan di Palm Square, Centre Point, pada Sabtu, beliau berkata, activiti itu pada asasnya bertujuan mendidik orang ramai untuk menyedari bahawa binatang juga seperti manusia yang perlu disayangi dan bukannya didera.
Beliau merujuk khususnya kepada binatang peliharaan biasa seperti anjing dan kucing.
"Terdapat ramai pemilik binatang peliharaan tetapi meraka tidak semestinya pencinta binatang. Mereka suka binatang tetapi mungkin hanya setakat sebagai alat permainan. Sebagai contoh, mereka suka anak anjing kerana kelihatan comel."
"Tetapi selepas itu apabila binatang itu menjadi gangguan dan mereka sudah bosan dengannya, mereka membuangnya dan mungkin melepaskannya di jalan raya atau di kawasan lain, membiarkannya hidup sendiri," kata Loretta.
Satu perkara lain ialah mengurung binatang peliharaan di tempat tertutup seperti dalam kandang atau dirantai secara kekal membuatkan binatang itu tidak dapat bergerak bebas. Ini samalah seperti mendera dan satu kekejaman," katanya.
RSPCA, sebuah pertubuhan bukan mengaut keuntungan dan semata-mata bergantung kepada sumbangan orang ramai setakat ini, mempunyai 40 ahli dan jumlahnya semakin bertambah.
Badan itu didaftar secara rasmi pada 14 Februari, 2006, diilhamkan oleh Joanne DeArment, yang kecewa setelah anjing berlesennya, bernama Max, ditembak oleh Unit Anjing Dewan Bandaraya, lalu mengambil keputusan untuk menubuhkannya sebagai memperingati Max dan menghalang kejadian kejam terhadap binatang seperti itu daripada berulang.
"Jika kita boleh memberi kesedaran kepada pemilik binatang peliharaan bahawa binatang juga layak disayangi dan dihormati seperti manusia, diharapkan mereka akan belajar untuk menjalin ikatan dengan binating peliharaan mereka, dan akhirnya mereka mungkin boleh mengelak kekejaman seperti itu," kota Loretta.
Beliau mendapati, buat masa sekarang tidak ada penguatkuasaan terhadap kekejaman pada binatang walaupun undang-undang mengenainya sudah ada.
"Tetapi tidak ramai yang tahu mengenainya. Melalui kempen ini, kami juga mahu memaklumkan orang ramai bahawa undang-undang seperti itu wujud," katanya.
Beliau mengeluh kerana penalti yang dikenakan hanyalah RM150 yang terlalu rendah, dan RSPCA akan cuba meminta supaya pindaan dibuat.
Sementara itu, Stephen Lim, yang kedainya 'Crystal Palace' bersebelahan dengan pameran RSPCA itu apabila diminta member pandangan berkata, beliau tidak ada memelihara binatang.
Bukan kerana tidak sukakannya. Saya suka binatang dan itulah sebabnya kenapa saya tidak memeliharanya. Kerana apabila anda memeliharanya, anda perlu mengurungnya dalam kandang, sesuatu yang tidak baik. Haiwan itu sepatutnya hidup bebas," katanya.
Mitos dan Fakta Mitos: Binatang peliharaan saya akan menjadi malas. Fakta: Sebenarnya kebanyakan binatang peliharaan menjadi gemuk dan malas kerana pemiliknya memberi terlalu banyak makanan dan tidak memberi senaman secukupnya. Mitos: Saya manu anjing saya bersifat melindungi. Fakta: Pengembirian atau pemandulan tidak menjejaskan naluri semulajadi anjing untuk melindungi rumah dan keluarga. Personaliti seekor anjing dibentuk oleh genetik dan alam sekitar dan bukannya oleh hormon seks. Mitos: Saya tidak mahu anjing atau kucing jantan saya merasa kurang kejantanannya. Fakta: Binatang peliharaan tidak mempunyai konsep identiti seksual atau ego. Pengembirian tidak akan mengubah personiliti asas seseekor binatang itu. Ia tidak akan menderita daripada sebarang reaksi emosi atau krisis identiti apabila dikembiri. |
-
Daily Express, 3 April, 2008
Posted by webmaster on 18 May 2008, Sun